Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Friday, 26 July 2013

SUMBANGAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum semua kawan-kawan..Hari ini dah 17 Ramadhan ye..Sekejap je dah nak sampai penghujung Ramadhan.



Sedih terasa nak melalui saat-saat akhir penghujung Ramadhan. bagi nina jika tak nak terasa sangat kehilangan Ramadhan, tiba hari ke 10 terakhir puasa nanti sama- sama lah kita mengerjakan amalan sebanyak yang mungkin lebih-lebih jangan la kita terlepas malam LAILATULQADAR malam yang penuh keberkatan.


Hari ni nina nak bercerita pasal nina di tugaskan untuk buat pungutan derma/sumbangan daripada semua kakitangan pentadbiran KKMM untuk di agihkan kepada beberapa golongan yang kurang berkemampuan seperti Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Malaysia, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan, Dan Pusat Pendidikan Islam (ABADA)..Alhamdulillah sepanjang kutipan dijalankan, semuanya tak banyak kerenah. Semuanya ikhlas memberi sumbangan demi kebajikan orang yang memerlukan.



 Haaaahhhh satu lagi berita gembira yang nina nak kongsikan di sini mungkin keberkatan dari hasil kutipan sumbangan untuk kebajikan, rezeki yang tidak dijangka, nina pun tak ketinggalan hari ni nina dapat duit raya Rm 200 dari my Bos...Dato' K.Bala Singam Setiausaha Bahagian Kanan(Pengurusan). Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada my boss..