Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Wednesday 24 July 2013

KENAPA KITA MALAS MEMBACA


Hai semua....assalamualaikum...hari ni nina tetiba rasa cam xde idea langsung untuk update blog n facebook..korang semua tau tak apa punca masalah ni? nina cuba jugak pikir dan tanye senior2 sekeliling, memang sah sebab nina ni jenis TAK SUKA MEMBACA sebab tu lah idea tu susah nak datang dalam kepala otak ni..betul tak?

Kalau korang rasa nina ni merapu n cakap entah ape ape mohon maaf je la yek...Lagi pun ambo ni bukan belajar tinggi ponnn.....dah la pemalas nak cari ilmu. Betul tak?hahahah....korang jangan jadik macam nina ye. Orang macam ni memang rugi dunia dan akhirat, ye la kalau langsung tak suka membaca mana nak datangnye pengetahuan semasa.

Kalau korang nak tau isu-isu semasa kebanyakannye semua nina tahu daripada kawan-kawan yang sampaikan. Nasib baik ada kawan kalau jenis hidup berkurung sesorang camane?gamaknye ak dah jadik macam katak bawah bumbung la yerkk....haaahhh..mari kito pakak-pakak jenguk apa punca manusia macam nina ni malas nak membaca....




Antara punca rakyat Malaysia malas membaca ialah:

1.Tiada Kesedaran.
Kebanyakan rakyat yang malas membaca tiada kesedaran tentang manfaat pembacaan.Membaca adalah jambatan ilmu dan menambah pelbagai pengetahuan dan kemahiran kepada seseorang.Tidak memiliki kesedaran menjadi punca rakyat malas membaca.

2.Menganggap membaca sebagai hobi tidak berfaedah.
Ada sesetengah beranggapan,hobi dan tabiat membaca tidak mendatangkan faedah berbanding hobi lain.Oleh demikian,ramai sanggup mengeluarkan wang membeli Vcd dan cd berbanding membeli buku kerana beranggapan membeli bahan bacaan adalah membazir dan tidak mendatangkan faedah.

3.Tiada Masa.
Ada juga memberi alasan malas membaca kerana tiada masa.Apa yang dilihat,kebayakan rakyat Malaysia tidak memanfaatkan masa.Sebagai contoh,ketika dalam bas,LRT,Komuter,teksi dan lain-lain pengangkutan awam.Rakyat yang peka akan memanfaatkan masa dengan membaca. Begitu juga di dalam bank dan pejabat kerajaan ketika mahu menunggu giliran.Kebanyakan mereka membuang masa sebegitu sahaja tanpa membaca apa2 bahan bacaan.Jika manusia bijak,banyak masa terbuang boleh dimanfaatkan dengan membaca.

4.Tidak Mendapat Kepuasan.
Ada orang berpendapat, membaca tidak mendatangkan kepuasan.Menonton wayang,mendengar muzik,bermain bola,menonton bola, menonton konsert, memancing, atau melepak lebih memberi kepuasan kepada seseorang.

5.Tiada Inisiatif Menambahkan Ilmu.
Manusia yang malas membaca sebenarnya malas dan tidak mahu menambahkan pengetahuan.Setiap manusia memerlukan pengetahuan.Sebagai contoh,guru bahasa Melayu.Dengan membaca pelbagai bahan bacaan,ia akan emnambahkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi guru tersebut.Ahli perniagaan dapat menambahkan pengetahuan dalam perniagaannya dengan membaca pelbagai bahan.Suami akan menjadi lebih baik dengan membaca pelbagai buku tentang tanggungjawab.Isteri akan menyedari banyak kelemahan dan kesilapan dengan membaca pelbagai bahan berkaitan tanggungjawab dan hak isteri.Remaja tahu memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat apabila membaca kerana membaca memberi pelbagai idea kepada remaja.Seseorang akan tahu menjaga kesihatan dengan lebih baik apabila banyak membaca bahan berkaitan kesihatan dan mempratikkannya dalam amalan seharian.Ini menunjukkan setiap manusia perlu menambahkan ilmu.Rakyat yang malas membaca ialah manusia yang tiada inisiatif menambahkan ilmu.

6.Sibuk.
Memang kebanyakan rakyat Malaysia sibuk.Sibuk bermain dam dan catur.Sibuk melepak.Sibuk bercanda di taman rekreasi,sibuk memancing,sibuk bekerja dan lain-lain.Manusia bijak tidak akan menjadikan alasan sibuk sebagai alasan tidak mahu membaca.Manusia yang kaya dan berjaya seperti Bill Gates mempunyai masa untuk membaca.Adakah kita sesibuk beliau?



Orang yang bijak pandai tapi kalau dah jenis ulat buku (suka membaca) tak hairan boleh jadi macam Dato' Seri Najib kan? Kalau ada rezeki silap silap kita pun boleh jadi Perdana Menteri.

Kepada kawan-kawan yang sentiasa singgah kat blog nina ni, boleh lah bagi nasihat sepatah dua kata untuk nina semai semula benih benih tabiat membaca ni. Tinggi darjat orang yang luas pengetahuan..

Terima kasih sesangat kepada my Mentor Nur Faziha Mohamad Pauzi sebab dah basuhku dengan kata-kata semangat yang sememangnye menaikkan aura semangat ku untuk terus mencari ilmu demi kejayaan yang bakal dikecapi suatu hari nanti. Siapa tak nak berjaya kan?

.."Mmg nak berubah bukan senang
Setiap perubahan tu tak semestinya baik, tp satu yg pasti, utk dpt kejayaan mesti berubah
Mcm kita
Ada perkara yg mmg kita pegang utk tidak mengalah
*Anak2
*Diri sendii
Kita nak the best for my kids
Nak diorg dpt yg bagus serba serbi
So kita percaya nina pun nak mcm tu
Kita ada tahu seorang ibu ni
Anak2 dia penghafaz al quran
Hantar sekolah islamic international school
Belajar taekwando, berenang
Pandai ckp english
Ibu & ayah budak2 tu dh siapkan semua yg bagus utk anak2 dia
Dan semua yg dia sediakan tu semuanya berbayar, mahal kecuali menghafaz alquran.. Tp dua2 pun dpt. Akhirat dpt dunia pun dpt.."


Akhir sekali, ni nasihat untuk nina sendiri dan jugak insan yang sewaktu dengannya.."jangan biarkan diri dilanda kemurungan dan rasa rendah diri sehinggakan dunia ini tiada gunanya. Tentu ada rahmatnya kita diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Hadapi kehidupan ini dengan penuh syukur dan buat apa yang di suruh secara rutin tanpa banyak persoalan demi kesempatan hidup yang diberi oleh Tuhan di muka bumi ini.."


No comments:

Post a Comment