Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Monday 2 September 2013

Cuti Hari Raya Kami


Dah lama rasanye tak jenguk blog rindu mengundang pada kawan-kawan di laman blog.u olls mcm mane sihat?. Masih dengan mood raya ke?. Haaahhh..mesti ada yang sedang menghadiri majlis rumah terbuka dan tengah syokk makan lemang kannn.. Terasa sepi bila lama tak jengguk blog

Bukan nye sengaja nak menyepikan diri tetapi tak berkesempatan sebab kebelakangan di musim raya ni bermacam dugaan pulak yang mendatang. 2,3 hari nak raya orang sibuk nak cari baju raya, tapi nina pulak sibuk mencari telefon baru. Nasib malang tetiba telepon pulak hilang kat opis. Tak menyangka telefon yang cikai macam tu pun ada jugak orang nak kebas kannn.... Ok, kita lupakan je kisah telefon lagipun dah dapat pengganti baru kan..huhuhu. tq my hubby sudi gantikan telefon yang baru..(mood seronok)

Tak lupa nina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Nina ..sambil tu tak ketinggalan nina nak share sikit sebanyak gambar kenang kenangan hari raya semasa berada di kampung...Layannnn

Ini nama nya wajah semangat bekerja hari terakhir sebelum bertolak balik kampung Kat belakang keta semua barang ada. Isi jangan tak isi. Isi kasi padat padat skit...heehhe...Kitaorang jarang balik kampung tau. Kalau balik kampung mesti pastikan 2 baris seat keta kena kosongkan nak tau kenapa? 2 baris seat akan dijadikan katil tempat tidur, makan, dan main2 untuk anak-anak. Maklumlah kampung nina bukannye kat Melaka, Johor..Heheheh...Sekali balik kampung wajib cecah 10 jam. Belum tambah jalan jem lagi, silap-silap 13 jam tau...huhhh...tiap kali balik mesti kepenatan giler....






Perasaan seronok dalam perjalanan pulang ke kampung. Anak-anak asyik bertanya "dah sampai ke mama kampung tok abah?"..padahal kitaorang masa tu masih dalam area kuala lumpur lagi nak menuju ke tol gombak..betapa semangatnye tak sabar nak tiba di kampung Kota Bharu..Kelate..

Perjalanan menuju ke lebuhraya pantai timur, jalan dah start jam dah.
Menemani ummi ke pasar beli barang dapur untuk persiapan juadah di pagi Syawal

Baru baru ni sebelum balik kampung, nina sempat ke hospital Putrajaya berjumpa doktor untuk check up tonsil kakak(anak sulung). Doktor dah tetapkan temujanji untuk buat pembedahan tonsil lepas raya minggu ke2. Nak tak nak kena jugak lalui saat genting ni. Doakan semoga semua selesai dengan sempurna yekk..

Ini lah anak sulung Nina (Kakak)



Di pagi 1 syawal beraya di kampung halaman 










No comments:

Post a Comment