Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Thursday 10 October 2013

SALAM PERPISAHAN SAHABAT

SALAM PERPISAHAN TEMAN..

.."Kita harus berpisah....Setiap kau Melihatku
Kau Tersenyum indah dan tulus
Matamu memancarkan cahaya
Meski pertemuan kita singkat
Namun kau kan menjadi teman terbaikku..
Teman yang selalu memenangkanku
Kala ku sedih dan dibuli
Waktu berlalu begitu cepat
Kita pun berpisah
Namun hati kita selalu terikat
Genggam tanganmu...
Ku tahu kau berat melepaskan kami
Kulihat matamu berkaca-kaca
Namun inilah yang harus terjadi"..















Kini hatiku tergores kesedihan
ketika terucap salam perpisahan
walau air mataku tak berlinang
bukan bererti suatu kerelaan
saat saat langkah terayun
jarak kita pun semakin membentang
akankah semuanya jadi terkenang
atau hanyut terbawa gelombang
bahkan mungkin terkubur oleh waktu dan keadaan


"..Sahabat.. 
dalam hatiku ini 
akan tetap membekas suatu kenangan,
kau sungguh baik, 
Sesiapapun mengenalmu pasti akan merindu
Namun, untukku janganlah kau biarkan
aku terlukai lemas dalam kehampaan
Kerana rasa rinduku yang tidak kau harapkan.."



"..Sahabat,
Waktu ini telah menghantarkan kita pada satu titik pemahaman
Bahawa di dunia ini tak ada yang abadi
Kini saatnya kita harus berjalan sendiri
Melangkah mengikuti takdir yang telah tertulis
Dalam ruang dan waktu yang berbeda
Ketika bersama menjadi ingatan
Ketika senda tawa begitu berharga.."



"..Sahabat,
Semoga waktu tak membuat kita lupa
Bahawa kita pernah punya cerita
saat suka dan duka
abadilah tercipta lebih dari cinta
Jagalah dirimu disaat kita berjauhan.."




"..Sahabat
Hilangmu bagai sebuah mimpi bagiku
Hadirmu hanyalah gurauan khayalku
saat kau pergi 
tiada lagi yang menyapa diriku seperti dulu
Selamat tinggal sahabat
akan aku abadikan cerita kita dalam puisi ini
dalam lubuk hatiku yang paling dalam dan tak akan di hapus oleh masa.."









"..Catatan ini ku tuju khas untuk sahabat ku yang telah bertukar ke Kementerian baru
Semoga kalian Bahagia dan serasi disana nanti.. 
Good Bye My prend.."

















Monday 7 October 2013

sambutan hari raya aidilfitri at KKMM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di KKMM

Antara gelagat-gelagat kami di majlis Raya KKMM






 Kami ditugaskan untuk menjaga gerai Buah-Bauahan Tetamu VIP


















Wednesday 2 October 2013

Assalamualaikum kawan-kawan ...

Rindunye pada korang semua..lama jugak kan tak melakar status kat blog ni. ap cerrr pun tak tau..sibuk sangat dengan keja opis ni. bising bos asyik melilau je camane nak up date blog..huhhh......hahhhh..hari ni bebas skit sbb bos nina tak de. pegi kursus. Yahuuuuu....ishh...jangan kantoi lakk...

boleh tak ari ni nina nak upload gambar yang lama2 banyak baaaanyak...tanda nak lepaskan perasaan sebab lama sangat tak update status kannn... 

Baru-baru ni anak sulung nina kna operate tonsil. Ksian kakak. itu lah kissah pertama dalam hidup nina terpaksa teman anak masuk bilik operation. Huhh...macam2 perasaan ketika itu. Terima kasih kepada kawa kawan yang mengikuti perkembangan kakak yang melawat kakak ketika itu.



Gambar ni diambil sebelum pembedahan dijalankan. bukan main gembira ye duk atas katil hospital. Tahu nak kena operate tapi tak faham camane cara doktor nak buat. Tapi bila dah selesai operation, aduyaiii...kesian anak mama, nak bercakap pun susah. darah penuh dalam mulut. Tapi alhamdulillah semua dah selaesai. Sejak dari pembedahan tu, kakak dah tak pernah berdengkur lagi dah..

Nasihat kepada pesakit yang juga mengalami tonsil, Sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali ,pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil. Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan , selain itu tonsil tersebut akan bernanah. Jangan risau, pembuangan tonsil ini tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.