Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Tuesday 30 July 2013

Pertandingan Mewarna KPKK


Alhamdulillah hari ini badan terasa makin sihat sikit. Semalam satu badan lemah.....selsema, batuk, sakit tekak, pendek cerita semua ada ...Rasa macam dah tak larat sesangat nak puasa bayangkan batuk xhenti, pedih tekak ni nak minum air tak boleh, puasa. Nasib baik la kuat kesabaran menahan sakit nina teruskan juga berpuasa. 

Bukan niat nak ponteng puasa, tapi memang dah tahap kira solat pun terganggu asyik batuk bacaan dalam solat pun xberapa nak jelas. Aduhh..dugaan bulan puasa memang mencabar keimanan.

Dah 3 hari tak de mood nak update blog, idea semua dah blur, hilang sekelip mata..hahahah..
Bila badan dah sihat, tetiba pulak nina rasa nak upload gambar lama anak anak nina semasa aktiviti mewarna.. Lama tu tak la lama sangat tapi dalam hujung tahun lepas jgak la..
Jom kita nengok gelagat diaorang..

  

Masa ni baru nak mula mewarna...mood semangat diaorang pun semangat jugak la..


Abang cuba meniru idea mewarna dari kakaknye..."hmmmm warna apa yek yang cantikk..tengok kakak dulu lahh.."leh pulak dia ckp cam gitu.


Ini adalah sebahagian daripada hadiah bakal pemenang mewarna nanti. Haaaahhhh...kakak dan abang lagi la bersemangat mewarna cantik cantik dengan harapan bolehlah salah satu hadiah ni jadi hak milik diaorang.



Sempat lagi berpossing....mood penat dah melanda....




Kakak masih bersemangat mewarna.



Yeayyy abang dah nak siap warna lukisan ni....masa ni abang baru nak pandai mewarna. Walaupun warna terkeluar dari garisan lukisannye, tetapi abang tetap pandai warna mengikut bentuk lukisan..


Haaahhh...ni lah masa yang dinanti-nantikan...Senarai pemenang bakal di umumkan. Kakak dah tak sabar ni nak pegang hadiah besar.



Mana ni nama kakak tak panggil lagi ni. "..Mama kenapa cikgu tu(penyelia mewarna) tak panggil nama kakak?"...alahai...sedih hati mama bila kakak tanye soalan macam tu. Sabar ye sayang..





Kakak dah hilang sabar dah....tunggu punye tunggu tak panggil jugak, kakak memang dah gelisah..Kesian anak mama sorang ni terlalu mengharapkan kemenangan. Mana taknye, sebelum ni mana mana pertandingan memang kakak tak ketinggalan pasti dia akan jadi salah seorang juara mewarna. Si abang pulak tak kesah sangat. Menang tak pe, tak menang pun tak pe.


Akhirnye terpanggil jugak nama kakak tetapi sebagai peserta. Ok lah tu sayang kira dapat lah jugak ye hadiah. Walaupun tak dapat yang besar kannnn. Nanti usaha lagi ye..



Walaupun nama dah di panggil, tapi masih lagi duk tunggu hadiah besar....Ayoooo..anak mama ni sorang memang jenis tak putus asa.



Senyum je la ye...



Dah bersurai pun sayang...Nanti kita cuba lain hari...


Pesanan ku untuk kawan semua:

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."






-bye-




































No comments:

Post a Comment