Maharani Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Tuesday 30 July 2013

Pertandingan Mewarna KPKK


Alhamdulillah hari ini badan terasa makin sihat sikit. Semalam satu badan lemah.....selsema, batuk, sakit tekak, pendek cerita semua ada ...Rasa macam dah tak larat sesangat nak puasa bayangkan batuk xhenti, pedih tekak ni nak minum air tak boleh, puasa. Nasib baik la kuat kesabaran menahan sakit nina teruskan juga berpuasa. 

Bukan niat nak ponteng puasa, tapi memang dah tahap kira solat pun terganggu asyik batuk bacaan dalam solat pun xberapa nak jelas. Aduhh..dugaan bulan puasa memang mencabar keimanan.

Dah 3 hari tak de mood nak update blog, idea semua dah blur, hilang sekelip mata..hahahah..
Bila badan dah sihat, tetiba pulak nina rasa nak upload gambar lama anak anak nina semasa aktiviti mewarna.. Lama tu tak la lama sangat tapi dalam hujung tahun lepas jgak la..
Jom kita nengok gelagat diaorang..

  

Masa ni baru nak mula mewarna...mood semangat diaorang pun semangat jugak la..


Abang cuba meniru idea mewarna dari kakaknye..."hmmmm warna apa yek yang cantikk..tengok kakak dulu lahh.."leh pulak dia ckp cam gitu.


Ini adalah sebahagian daripada hadiah bakal pemenang mewarna nanti. Haaaahhhh...kakak dan abang lagi la bersemangat mewarna cantik cantik dengan harapan bolehlah salah satu hadiah ni jadi hak milik diaorang.



Sempat lagi berpossing....mood penat dah melanda....




Kakak masih bersemangat mewarna.



Yeayyy abang dah nak siap warna lukisan ni....masa ni abang baru nak pandai mewarna. Walaupun warna terkeluar dari garisan lukisannye, tetapi abang tetap pandai warna mengikut bentuk lukisan..


Haaahhh...ni lah masa yang dinanti-nantikan...Senarai pemenang bakal di umumkan. Kakak dah tak sabar ni nak pegang hadiah besar.



Mana ni nama kakak tak panggil lagi ni. "..Mama kenapa cikgu tu(penyelia mewarna) tak panggil nama kakak?"...alahai...sedih hati mama bila kakak tanye soalan macam tu. Sabar ye sayang..





Kakak dah hilang sabar dah....tunggu punye tunggu tak panggil jugak, kakak memang dah gelisah..Kesian anak mama sorang ni terlalu mengharapkan kemenangan. Mana taknye, sebelum ni mana mana pertandingan memang kakak tak ketinggalan pasti dia akan jadi salah seorang juara mewarna. Si abang pulak tak kesah sangat. Menang tak pe, tak menang pun tak pe.


Akhirnye terpanggil jugak nama kakak tetapi sebagai peserta. Ok lah tu sayang kira dapat lah jugak ye hadiah. Walaupun tak dapat yang besar kannnn. Nanti usaha lagi ye..



Walaupun nama dah di panggil, tapi masih lagi duk tunggu hadiah besar....Ayoooo..anak mama ni sorang memang jenis tak putus asa.



Senyum je la ye...



Dah bersurai pun sayang...Nanti kita cuba lain hari...


Pesanan ku untuk kawan semua:

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."






-bye-




































Friday 26 July 2013

SUMBANGAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum semua kawan-kawan..Hari ini dah 17 Ramadhan ye..Sekejap je dah nak sampai penghujung Ramadhan.



Sedih terasa nak melalui saat-saat akhir penghujung Ramadhan. bagi nina jika tak nak terasa sangat kehilangan Ramadhan, tiba hari ke 10 terakhir puasa nanti sama- sama lah kita mengerjakan amalan sebanyak yang mungkin lebih-lebih jangan la kita terlepas malam LAILATULQADAR malam yang penuh keberkatan.


Hari ni nina nak bercerita pasal nina di tugaskan untuk buat pungutan derma/sumbangan daripada semua kakitangan pentadbiran KKMM untuk di agihkan kepada beberapa golongan yang kurang berkemampuan seperti Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Malaysia, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan, Dan Pusat Pendidikan Islam (ABADA)..Alhamdulillah sepanjang kutipan dijalankan, semuanya tak banyak kerenah. Semuanya ikhlas memberi sumbangan demi kebajikan orang yang memerlukan.



 Haaaahhhh satu lagi berita gembira yang nina nak kongsikan di sini mungkin keberkatan dari hasil kutipan sumbangan untuk kebajikan, rezeki yang tidak dijangka, nina pun tak ketinggalan hari ni nina dapat duit raya Rm 200 dari my Bos...Dato' K.Bala Singam Setiausaha Bahagian Kanan(Pengurusan). Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada my boss..









Thursday 25 July 2013

senyum pagi...16 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi u ollsss.....camane puasa 16 Ramadhan? Masih maintain lagi ke? Semoga kita semua dapat menunaikan puasa sehingga penghujung Ramadhan..InsyaAllah



Alhamdulillah setakat hari ini nina dan husband masih lagi genap berpuasa dan bersahur seperti biasa. Setakat ini belum lagi la ada kes tak sempat nak bangun sahur. Walaupun terbangun jam 5.30 pagi tapi masih sempat untuk goreng nasi pagi tadi...huhuhu...Kadang-kadang tu ada jugak tersedar dari tidur jam beberapa minit nak imsak. Masa tu memang tak sempat nak buat apa dah nina terus je capai secawan Mineral Coffee semestinya penyelamat sebagai pengganti nasi. Tapi 1 hari tu memang tak terasa lapar. 


Tau kenapa Mineral Coffee mampu meggantikan nasi? sebab kandungan yang terdapat dalam Mineral Coffee memang banyak khasiat. Bila masuk ofis pun sampai lah petang nina tetap rasa bertenaga dan tak rasa lapar. Padahal pagi tu tak sempat pun nak makan nasi. Kepada sesiapa yang memang teringin nak turunkan berat badan, minuman ni memang sangat bagus. Salah satu ramuan Mineral Coffee ini ialah terdapat campuran Garam Buluh yang bersifat alkali, so ia akan meneutralkan badan yang berasid, yang banyak toksin. Hakikatnya badan kita terlampau banyak bahan asid dan inilah penyebab penyakit yang ada dalam badan kita. So, siapa yang rasa pening kepala kalau minum nescafe or coffee biasa, perut kembung lepas minum kopi...apa kata cuba pulak Mineral Coffee, dengan ada khasiat garam buluh ini, InsyaAllah dapat membantu.



Haaaa...lupa nina nak bagitau..ada testimoni baru daripada kawan sepejabat nina dia ni jarang sangat minum coffee, so dia mengadu bila jam 10 pagi je rasa letih dan mengantuk. Lapar pulak tu..Pastu nina syorkan 1 sachet kat dia untuk cuba coffee ni dan korang tau apa respon dia?



"
  • Papa Farish

    salam mmg btul la kopi ni buat kito rasa x lapa hehehe
    ngantuk pn x dok
    klu dok asyik menguap jah
    tp palo raso pening pas minum
  • Nur Husnina Nina

    owhhh..ye ke alhamdulillah respon yg positif. mgkin sbb abg man jrg minum coffee mcm nina jgak xsk minum coffee tp sbb coffe mineral ni baik utk kesihatan nina try jgak.first minum memg kpala bdenyut. tp insyaallah kalau dh biasa ok je. nina dh tnye ikram dia memg kaki coffee tp xde sakit kpala mgkin dia dh sebati dgn coffee.."



Haaa.....masa husband on d way nak balik umah, terus nina call suruh dia singgah ambik lagi stok Mineral Coffee sebab ramai pulak tak puas minum 1 sachet nak rasa lagi...so....masa tu jam 7.40 malam waktu orang tengah berbuka puasa husband berkejar la pegi stokis semata-mata pelanggan. Haaa beruntung dapat suami cam ni kannnnn... Sanggup makan sebijik kurma je atas motor terus ke stokis lambat makan nasi pun tak pe janji pelanggan kami puas hati....Terima Kasih sayang sebab membantu..




Nur Husnina Nina
017-2888342


Wednesday 24 July 2013

KENAPA KITA MALAS MEMBACA


Hai semua....assalamualaikum...hari ni nina tetiba rasa cam xde idea langsung untuk update blog n facebook..korang semua tau tak apa punca masalah ni? nina cuba jugak pikir dan tanye senior2 sekeliling, memang sah sebab nina ni jenis TAK SUKA MEMBACA sebab tu lah idea tu susah nak datang dalam kepala otak ni..betul tak?

Kalau korang rasa nina ni merapu n cakap entah ape ape mohon maaf je la yek...Lagi pun ambo ni bukan belajar tinggi ponnn.....dah la pemalas nak cari ilmu. Betul tak?hahahah....korang jangan jadik macam nina ye. Orang macam ni memang rugi dunia dan akhirat, ye la kalau langsung tak suka membaca mana nak datangnye pengetahuan semasa.

Kalau korang nak tau isu-isu semasa kebanyakannye semua nina tahu daripada kawan-kawan yang sampaikan. Nasib baik ada kawan kalau jenis hidup berkurung sesorang camane?gamaknye ak dah jadik macam katak bawah bumbung la yerkk....haaahhh..mari kito pakak-pakak jenguk apa punca manusia macam nina ni malas nak membaca....




Antara punca rakyat Malaysia malas membaca ialah:

1.Tiada Kesedaran.
Kebanyakan rakyat yang malas membaca tiada kesedaran tentang manfaat pembacaan.Membaca adalah jambatan ilmu dan menambah pelbagai pengetahuan dan kemahiran kepada seseorang.Tidak memiliki kesedaran menjadi punca rakyat malas membaca.

2.Menganggap membaca sebagai hobi tidak berfaedah.
Ada sesetengah beranggapan,hobi dan tabiat membaca tidak mendatangkan faedah berbanding hobi lain.Oleh demikian,ramai sanggup mengeluarkan wang membeli Vcd dan cd berbanding membeli buku kerana beranggapan membeli bahan bacaan adalah membazir dan tidak mendatangkan faedah.

3.Tiada Masa.
Ada juga memberi alasan malas membaca kerana tiada masa.Apa yang dilihat,kebayakan rakyat Malaysia tidak memanfaatkan masa.Sebagai contoh,ketika dalam bas,LRT,Komuter,teksi dan lain-lain pengangkutan awam.Rakyat yang peka akan memanfaatkan masa dengan membaca. Begitu juga di dalam bank dan pejabat kerajaan ketika mahu menunggu giliran.Kebanyakan mereka membuang masa sebegitu sahaja tanpa membaca apa2 bahan bacaan.Jika manusia bijak,banyak masa terbuang boleh dimanfaatkan dengan membaca.

4.Tidak Mendapat Kepuasan.
Ada orang berpendapat, membaca tidak mendatangkan kepuasan.Menonton wayang,mendengar muzik,bermain bola,menonton bola, menonton konsert, memancing, atau melepak lebih memberi kepuasan kepada seseorang.

5.Tiada Inisiatif Menambahkan Ilmu.
Manusia yang malas membaca sebenarnya malas dan tidak mahu menambahkan pengetahuan.Setiap manusia memerlukan pengetahuan.Sebagai contoh,guru bahasa Melayu.Dengan membaca pelbagai bahan bacaan,ia akan emnambahkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi guru tersebut.Ahli perniagaan dapat menambahkan pengetahuan dalam perniagaannya dengan membaca pelbagai bahan.Suami akan menjadi lebih baik dengan membaca pelbagai buku tentang tanggungjawab.Isteri akan menyedari banyak kelemahan dan kesilapan dengan membaca pelbagai bahan berkaitan tanggungjawab dan hak isteri.Remaja tahu memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat apabila membaca kerana membaca memberi pelbagai idea kepada remaja.Seseorang akan tahu menjaga kesihatan dengan lebih baik apabila banyak membaca bahan berkaitan kesihatan dan mempratikkannya dalam amalan seharian.Ini menunjukkan setiap manusia perlu menambahkan ilmu.Rakyat yang malas membaca ialah manusia yang tiada inisiatif menambahkan ilmu.

6.Sibuk.
Memang kebanyakan rakyat Malaysia sibuk.Sibuk bermain dam dan catur.Sibuk melepak.Sibuk bercanda di taman rekreasi,sibuk memancing,sibuk bekerja dan lain-lain.Manusia bijak tidak akan menjadikan alasan sibuk sebagai alasan tidak mahu membaca.Manusia yang kaya dan berjaya seperti Bill Gates mempunyai masa untuk membaca.Adakah kita sesibuk beliau?



Orang yang bijak pandai tapi kalau dah jenis ulat buku (suka membaca) tak hairan boleh jadi macam Dato' Seri Najib kan? Kalau ada rezeki silap silap kita pun boleh jadi Perdana Menteri.

Kepada kawan-kawan yang sentiasa singgah kat blog nina ni, boleh lah bagi nasihat sepatah dua kata untuk nina semai semula benih benih tabiat membaca ni. Tinggi darjat orang yang luas pengetahuan..

Terima kasih sesangat kepada my Mentor Nur Faziha Mohamad Pauzi sebab dah basuhku dengan kata-kata semangat yang sememangnye menaikkan aura semangat ku untuk terus mencari ilmu demi kejayaan yang bakal dikecapi suatu hari nanti. Siapa tak nak berjaya kan?

.."Mmg nak berubah bukan senang
Setiap perubahan tu tak semestinya baik, tp satu yg pasti, utk dpt kejayaan mesti berubah
Mcm kita
Ada perkara yg mmg kita pegang utk tidak mengalah
*Anak2
*Diri sendii
Kita nak the best for my kids
Nak diorg dpt yg bagus serba serbi
So kita percaya nina pun nak mcm tu
Kita ada tahu seorang ibu ni
Anak2 dia penghafaz al quran
Hantar sekolah islamic international school
Belajar taekwando, berenang
Pandai ckp english
Ibu & ayah budak2 tu dh siapkan semua yg bagus utk anak2 dia
Dan semua yg dia sediakan tu semuanya berbayar, mahal kecuali menghafaz alquran.. Tp dua2 pun dpt. Akhirat dpt dunia pun dpt.."


Akhir sekali, ni nasihat untuk nina sendiri dan jugak insan yang sewaktu dengannya.."jangan biarkan diri dilanda kemurungan dan rasa rendah diri sehinggakan dunia ini tiada gunanya. Tentu ada rahmatnya kita diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Hadapi kehidupan ini dengan penuh syukur dan buat apa yang di suruh secara rutin tanpa banyak persoalan demi kesempatan hidup yang diberi oleh Tuhan di muka bumi ini.."


Monday 22 July 2013

majlis berbuka puasa KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Sektor Pengurusan

Ramadan Al-Mubarak kini kembali memberkati kehidupan kita semua. Ianya merupakan satu bulan yang mana Allah S.W.T telah memberi pelbagai kelebihan dari segi ibadat kepada umat Islam. Rasullah S.A.W telah menjelaskan tentang kelebihan Ramadan melalui sabdanya yang bermaksud

"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan berihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.” (riwayat Bukhari dan Muslim). 

Oleh yang demikian, setiap hari di bulan Ramadan adalah peluang keemasan kepada sekalian umat Islam memperoleh kerahmatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dalam bulan yang mulia ini. Jom Kita Terjah Suasana Di KKMM..


Istimewa untuk satf sektor Pengurusan KKMM  



  wIFF mY CC n my Boss


  Wiff My Husband N Baby...

Ehem-eHEM wIFF mY hERO..aHAKKSS...jgn marah Ye En. Husband



Dato' Sri KSU KKMM Bersama Anak-Anak Yatim







Dato' Sri Mengagihkan Duit Raya Untuk Anak-Anak Yatim

Sempat Bergurau-Senda Bersama Anak-Anak Yatim

Adik Sayang Papa

Abang Hensem dan Kakak Comell..

And Ini Lah Big Boss Nina Yang Turut Serta Meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama. Kami Memang 1 Malaysia